|
WPC Press
Coverage
NST - Cars, Bikes & Trucks dated 6th July 2006

NST - Cars, Bikes & Trucks dated 14th May 2006

TV3 News
- Proton Will Not Act Hastily Over Remarks Of Drop In Market
Share
Perusahaan Otomobil Nasional Berhad, Proton, will not
take any rash actions, concerning reports that it is losing
its market share of national car sales, to Perodua. Its
Chief Executive Officer, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff,
said that as national car producers, both parties have an
understanding, about their respective targetted segments.
The Malaysian
Automotive Association, M-A-A, reported Friday that Perodua's
increased market share in the national car segment has affected
Proton's performance.
In August 2002,
Perodua's market share rose 37.6-percent, while the market
share of Proton declined to 54.8 percent. Tengku
Tan Sri Mahaleel adds that this does not mean that sales of
Proton cars are weak, but that the overall market share is
expanding, and efforts are being undertaken by EON and Proton
Edar to increase sales.
He was speaking
to reporters after launching the `Waja Performance Club',
a motoring club for Waja car owners. To date, WPC has 528
members and are in the process of re-registering its members
who had registered prior to the official registration date
of the club, which was July 20th, 2002. The main focus of
the club activities has so far been centred on motoring related
activities and holiday getaways. (Source TV3 news)
Berita Harian
- Tidak timbul persaingan antara Proton, Perodua
PERUSAHAAN
Otomobil Nasional Bhd (Proton), berkata jualan kereta Proton
terus mengukuh walaupun peratusan penguasaannya dalam segmen
pasaran kereta nasional berkurangan. Ketua Eksekutifnya, Tan
Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff, berkata pengurangan dalam
peratusan penguasaan itu bukan disebabkan oleh kemerosotan
jualan kereta Proton, tetapi berikutan semakin besarnya agihan
pasaran. “Angka itu (penurunan peratusan penguasaan pasaran)
tidak bermakna pasaran Proton semakin kecil kerana syarikat
masih beroperasi dalam kapasiti penuh,” katanya selepas melancarkan
Waja Performance Club (WPC), di Shah Alam, minggu lalu.
Turut hadir
pada majlis itu ialah Pengarah Urusan Edaran Otomobil Nasional
Bhd (EON), Datuk Azmi Abdul Wahab, Ketua Eksekutif Proton
Edar Sdn Bhd (Proton Edar), Datuk Maruan Mohd Said dan Presiden
WPC, Roy Hew. Tengku Mahaleel berkata demikian bagi mengulas
laporan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) minggu lalu yang
melaporkan peningkatan penguasaan pasaran Perusahaan Otomobil
Kedua Sdn Bhd (Perodua) dalam segmen kereta nasional berbanding
Proton. Sepanjang Jun tahun ini, penguasaan pasaran Perodua
ialah 27.4 peratus, manakala Proton 62.2 peratus.
Bagaimanapun
pada Julai, penguasaan pasaran Perodua meningkat kepada 32.2
peratus manakala Proton menurun kepada 54.8 peratus. Mengulas
persaingan antara Proton dengan Perodua, Tengku Mahaleel berkata,
Proton dan Perodua menumpu kepada segmen pasaran berbeza,
oleh itu tidak timbul persaingan langsung antara kedua-duanya.
“Perodua menumpu kepada segmen kereta kecil dan harga rendah,
manakala Proton menumpu kepada kereta yang lebih besar dan
berharga lebih tinggi sedikit dan kami memahami segmen yang
disasarkan,” katanya. Tengku Mahaleel berkata, Proton akan
terus menampilkan produk baru yang memberi lebih nilai kepada
pembeli bagi memastikan kedudukannya lebih terjamin pada masa
depan. “Kami akan mengeluarkan model baru yang jika dilihat
dari aspek kejuruteraan dan rekaannya mampu memberi prestasi
yang lebih baik berbanding kereta sebelum ini,” katanya.
Beliau juga
berkata, berdasarkan kajian dan penyelidikan yang dijalankan,
Proton yakin beberapa masalah yang sebelum ini dihadapi pada
model Waja sudah dapat diselesaikan. Sementara itu, Maruan
berkata, syarikat yakin jualan kereta tempatan akan terus
meningkat sehingga akhir tahun ini sejajar dengan musim perayaan
yang semakin hampir. Beliau berkata, sehubungan itu Proton
dan Proton Edar akan bekerja keras bagi mengambil kesempatan
daripada keadaan pasaran itu. “Kami akan bekerja keras kerana
yakin musim perayaan seperti Hari Raya, Krismas dan Tahun
Baru adalah peluang untuk membuat jualan,” katanya.
Sementara itu,
WPC adalah kelab yang ditubuhkan khusus untuk pemilik Waja
bagi membantu membina hubungan lebih baik antara pemilik kenderaan,
pengeluar dan pengedar kereta berkenaan untuk manfaat kedua-dua
belah pihak. Keahlian kelab itu akan diperluaskan menerusi
penubuhan cawangan secara berperingkat di Pulau Pinang dan
Johor Bahru awal tahun depan. (Source e-media NSTP)
|