[FR] Fundrive Gunung Belumut Mencari Ketenangan Alam
luzi | 13 August 2010Assalamualaikum…
Terima Kasih kepada Rizs Management kerana menaja keperluan makanan untuk fundrive kali ini. Terima kasih juga kepada comm Nelly sekeluarga & members Hairi sekeluarga yang bertungkus-lumus berbelanja dan menyediakan keperluan makan & minum. Terima kasih juga kepada semua members yang bekerjasama membawa semua peralatan, keperluan dan makan-minum.
Antara members yang turut serta dalam fundrive kali ini ialah VP rizal, comm Nelly & family, comm zain & family (sj_queen), members hairi & family, bob, peidot, zacks, ewan ricky, wan racing, hasrol, boy, tawon & family, adin, isma & family dan rakan-rakan kepada members…
Semua members berkumpul di Petronas Taman Sutera, Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada jam 8.00 pagi sehingga semua members berkumpul. Jam 9.30 pagi, konvoi mula bergerak ke Gunung Belumut. Konvoi berhenti di Kulai untuk berjumpa dengan lain-lain members yang menyertai konvoi sebelum sampai ke Gunung Belumut pada jam 11.45 pagi. Konvoi didahului oleh Hairi selaku Zero dan vp rizal selaku Last Car dalam cuaca hujan..Konvoi melalui jalan Johor Bahru-Kulai-Sg.Sayong-Bandar Tenggara-Kahang Barat-Ulu Dengar-Gunung Belumut.
Sebaik sampai di Gunung Belumut, acara BBQ sambil makan-makan segala juadah yang ada dan mandi-manda sehingga jam 5.00 petang. Bermacam-macam aktiviti dan gelagah peserta dapat disaksikan…
Jam 6.00 petang, selepas sessi bergambar sebahagian peserta berkonvoi ke BP Mall, Batu Pahat dan sampai pada jam 7.45 malam untuk bersantai ( rengit coffee ) dan membeli-belah sehingga jam 10.00 malam sebelum bertolak ke Johor Bahru melalui PLUS.
Terima Kasih dan jumpa lagi pada fundrive akan datang…
Disediakan oleh: Saudara Mo’azin aka GOLD050102, Committee Members Southern Region


























