Kembara Ramadhan WPC Edisi 2010
luzi | 19 August 2010KEMBARA RAMADHAN WPC EDISI 2010
Tarikh : 04.09.2010
Hari : Sabtu
Masa : Bermula 9:00 pagi
Lokasi (RV 1) : Perkarangan Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang (3.426276N,101.172368E)
Lokasi Bubur Lambok & Berbuka Puasa : Masjid Kampung Haji Razali (3.449021N, 101.168017E)
Salam Ramadhan,
Kepada rakan-rakan Waja sekalian, pada tahun ini WPC bercadang untuk mengadakan program amal jariah bersempena Ramadhan 2010 yang akan mengambil tempat di sekitar Tanjung Karang, Selangor Darul Ehsan.
Pada tahun ini, WPC akan melaksanakan pembaharuan dari segi acara seperti berikut:
Aturcara Program
03 September 2010 (Jumaat) – Berkumpul di Rumah Rehat (Members yang datang awal)
04 September 2010 (Sabtu)
09:00 pagi – Berkumpul di Perkarangan Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang untuk program konvoi menghantar sumbangan rumah ke rumah.
Kawasan Terlibat:
Check Point 1 – Kampung Sungai Yu (5 penerima)
Check Point 2 – Kampung Bagan Pasir (2 penerima)
Check Point 3 – Rumah Warga Emas Batu 11
Check Point 4 – Rumah Anak-Anak Yatim Parit 4
Check Point 5 – Kampung Haji Razali (2 penerima)
12:00 tengahari – Istirehat di rumah persinggahan.
2:00 petang – Berkumpul di Masjid Baru Kampung Haji Razali bagi program Gotong Royong memasak bubur lambok. Pengagihan Bubur Lambok kepada penduduk yang hadir.
6:00 petang – Majlis Berbuka Puasa bersama Penduduk Kampung & Anak Yatim.
7:30 malam – Solat Maghrib
8:00 malam – Pengagihan cenderahati kepada Anak-Anak Yatim dan wakil-wakil yang terlibat.
8:20 malam - Solat Isya’ dan bersurai.
Maklumat lain:
- Rumah istirehat akan diperuntukkan dari Jumaat malam sehingga siang hari Ahad untuk peserta. Digalakkan untuk membawa kelengkapan bermalam sendiri.
- Bersahur beramai-ramai pada pagi Sabtu, acara akan di tentukan mengikut kesesuaian.
- Digalakkan peserta untuk hadir awal pada hari Jumaat malam Sabtu, agar dapat bergerak beramai-ramai dari Shah Alam. PIC untuk berkonvoi dari Shah Alam ialah Saudara Aloy.
- Bagi Members yang hadir pada pagi Sabtu, waktu berkonvoi akan dimaklumkan apabila menghampiri tarikh program.
- Digalakkan kepada Members agar sama-sama membantu dalam mencari sumbangan bagi program ini.
- Pusat pengumpulan material sumbangan:
Rumah Seven
Rumah Azizah
Rumah Bua
- Dialu-alukan untuk Members yang berminat menyumbangkan tenaga bersama-sama AJK yang lain dalam proses persiapan program.
AJK terlibat dalam program ini adalah seperti berikut:
- chomp (Naib Presiden 1)
- luzi (Pembantu Setiausaha)
- azizah (Bendahari)
- zackoy (AJK Kawasan Tengah)
- seven (AJK Kawasan Tengah)
- aloy
- cikgu bob
- bua
- pojan
serta rakan-rakan yang lain.
*Maklumat akan di kemaskini dari masa ke semasa*
disediakan oleh: zackoy0404






















