Waja Performance Club of Malaysia

Driving The Future, Setting The Standards
  • Home
  • All About WPC
    • Membership
    • Merchandise
    • FAQ
  • Regional Communities
    • WPC Central
    • WPC Southern
    • WPC Northern
    • WPC East Coast
  • Special Interest
    • Amateur Radio
      • RAE Result 2007 (2) – Congratulations!
      • What to do after passing your RAE? – for Malaysian
      • Radio Amateur Examination 2008 (1)
      • RAE 2008 (1) Preparation Class
      • Radio Amateur Examination 2010 (2)
      • RAE 2010 (2) Preparation Class
      • Radio Amateur Examination 2010 (3)
  • Downloads
    • Forms
    • Wallpapers
  • Forum

[FR] Kembara Ramadhan WPC Edisi 2010

luzi | 8 September 2010

Bersempena dengan bulan Ramadhan 2010, Waja Performance Club (WPC) telah menganjurkan satu program amal bertempat di sekitar kawasan Tanjung Karang pada hari Sabtu, 04.09.2010. Seperti tahun-tahun sebelumnya juga, tujuan utamanya adalah bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik di samping mendekatkan pihak WPC dengan masyarakat.

Seramai 20 buah kenderaan waja terlibat di dalam program amal ini. Para peserta terdiri dari ahli kelab WPC dari seluruh pelusuk semenanjung. Program ini meliputi tiga jenis aktiviti, pertama penyampaian sumbangan dari rumah ke rumah, kedua penyediaan bubur lambuk untuk berbuka secara gotong royong, dan ketiga majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan orang-orang kampung secara sederhana. Bersyukur, di atas sumbangan-sumbangan dan tajaan yang di terima, program ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

Pemilihan penerima sumbangan di buat berdasarkan dari empat buah kampung yang telah di pilih, Kampung Sungai Yu, Kampung Bagan Pasir, Kampung Haji Razali, Rumah Anak-anak Yatim Parit 4 dan Rumah Warga Emas Batu 11. Bermula dengan konvoi bantuan dari rumah ke rumah, WPC bersambung ke acara penyediaan bubur lambuk pada sebelah petang bertempat di Masjid Baru Kampung Haji Razali, dan di sudahi dengan berbuka puasa. Penat yang tak terhingga seakan hilang apabila menerima ucapan terima kasih tak terhingga daripada penerima bantuan. Masih lagi kami teringat pasangan nenek dan datuk tua yang tinggal berdua di rumah yang jauh di tengah kebun itu. Diharapkan semoga untuk tahun-tahun akan datang agar pihak WPC dapat berpeluang lagi untuk beramal sambil menjelajah sebegini. Terima kasih kepada semua yang terlibat, para penyumbang, orang-orang kampung dan mereka yang bersungguh-sungguh menjayakan program amal ini.

gambar-gambar program ini boleh dilihat dalam album foto Facebook melalui ‘link’ berikut:
1. Album 1
2. Album 2

sekian.

disediakan oleh: zackoy0404

Comments
No Comments »
Categories
Club News, Happenings
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Kembara Ramadhan WPC Edisi 2010

luzi | 19 August 2010

KEMBARA RAMADHAN WPC EDISI 2010

Tarikh : 04.09.2010
Hari : Sabtu
Masa : Bermula 9:00 pagi
Lokasi (RV 1) : Perkarangan Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang (3.426276N,101.172368E)
Lokasi Bubur Lambok & Berbuka Puasa : Masjid Kampung Haji Razali (3.449021N, 101.168017E)

Salam Ramadhan,

Kepada rakan-rakan Waja sekalian, pada tahun ini WPC bercadang untuk mengadakan program amal jariah bersempena Ramadhan 2010 yang akan mengambil tempat di sekitar Tanjung Karang, Selangor Darul Ehsan.

Pada tahun ini, WPC akan melaksanakan pembaharuan dari segi acara seperti berikut:

Aturcara Program

03 September 2010 (Jumaat) – Berkumpul di Rumah Rehat (Members yang datang awal)

04 September 2010 (Sabtu)
09:00 pagi – Berkumpul di Perkarangan Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang untuk program konvoi menghantar sumbangan rumah ke rumah.
Kawasan Terlibat:
Check Point 1 – Kampung Sungai Yu (5 penerima)
Check Point 2 – Kampung Bagan Pasir (2 penerima)
Check Point 3 – Rumah Warga Emas Batu 11
Check Point 4 – Rumah Anak-Anak Yatim Parit 4
Check Point 5 – Kampung Haji Razali (2 penerima)

12:00 tengahari – Istirehat di rumah persinggahan.

2:00 petang – Berkumpul di Masjid Baru Kampung Haji Razali bagi program Gotong Royong memasak bubur lambok. Pengagihan Bubur Lambok kepada penduduk yang hadir.

6:00 petang – Majlis Berbuka Puasa bersama Penduduk Kampung & Anak Yatim.

7:30 malam – Solat Maghrib

8:00 malam – Pengagihan cenderahati kepada Anak-Anak Yatim dan wakil-wakil yang terlibat.

8:20 malam -  Solat Isya’ dan bersurai.

Maklumat lain:
- Rumah istirehat akan diperuntukkan dari Jumaat malam sehingga siang hari Ahad untuk peserta. Digalakkan untuk membawa kelengkapan bermalam sendiri.
- Bersahur beramai-ramai pada pagi Sabtu, acara akan di tentukan mengikut kesesuaian.
- Digalakkan peserta untuk hadir awal pada hari Jumaat malam Sabtu, agar dapat bergerak beramai-ramai dari Shah Alam. PIC untuk berkonvoi dari Shah Alam ialah Saudara Aloy.
- Bagi Members yang hadir pada pagi Sabtu, waktu berkonvoi akan dimaklumkan apabila menghampiri tarikh program.
- Digalakkan kepada Members agar sama-sama membantu dalam mencari sumbangan bagi program ini.
- Pusat pengumpulan material sumbangan:
Rumah Seven
Rumah Azizah
Rumah Bua
- Dialu-alukan untuk Members yang berminat menyumbangkan tenaga bersama-sama AJK yang lain dalam proses persiapan program.

AJK terlibat dalam program ini adalah seperti berikut:

- chomp (Naib Presiden 1)
- luzi (Pembantu Setiausaha)
- azizah (Bendahari)
- zackoy (AJK Kawasan Tengah)
- seven (AJK Kawasan Tengah)
- aloy
- cikgu bob
- bua
- pojan
serta rakan-rakan yang lain.

*Maklumat akan di kemaskini dari masa ke semasa*

disediakan oleh: zackoy0404

Comments
Comments Off
Categories
Club News, Happenings
Comments rss Comments rss

Potluck Buka Puasa 2010

luzi | 16 August 2010

Salam Wajarians…

WPC Central akan mengadakan acara santai Berbuka Puasa apabila masuk waktunya untuk tahun ini seperti maklumat berikut:

Tarikh : 21 Ogos 2010
Hari : Sabtu
Masa : 6.00 pm
Lokasi : Padang Dataran Kemerdekaan, Shah Alam
Koordinat : 3.075766N, 101.523027E (ihsan googlemap)
Acara : Santai
Food & Beverages : Bawa sendiri, kongsi ramai-ramai

imej daripada http://www.mbsa.gov.my/

Perancangan asal adalah untuk tiba awal agar dapat ‘book’ tempat dan pergi Baazar Ramadhan PKNS dahulu, bersiar-siar mengambil angin petang sebelum Berbuka Puasa apabila masuk waktunya.
Maka dengan itu, dijemput kepada semua Members dan kenalan rapat untuk turut serta dalam program ini.

Panduan Arah :
Dari Federal HW, Batu Tiga, Klang, KL…naik Bulatan Kayangan, ambil susur Pukul 3.
Lalu depan Istana Shah Alam dan terus sahaja hingga bertemu bulatan dengan lampu isyarat lalu ambil ambil susur Pukul 12.
Terus hingga menuruni bukit, bertemu lampu isyarat dan simpang tiga, ambil simpang kiri.
Terus lagi hingga melalui hadapan sekolah SAMTTAJ lalu bertemu bulatan comel, ambil susur Pukul 12.
Di situ la kita akan bersidang nanti.
Kawasan padang ini adalah berhadapan dengan Masjid Negeri Shah Alam.

Jumpa di sana!

disediakan oleh zackoy0404

Comments
Comments Off
Categories
Club News, TTS
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

« Previous Entries

Event Calendar

« Aug spinner iCalendar Oct »
September 2010
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930EC

Categories

  • Central TT (5)
  • Club News (31)
  • Events (6)
  • Happenings (50)
    • Fundrive (21)
    • Motorsport (5)
    • Site Visit (3)
    • TTS (16)
  • Promotion (5)
  • Sponsors and Partners (8)
  • Uncategorized (21)
  • waja (1)

RSS WPC Forum updates

  • [Central Region] Re: Central Region Forummers Lounge - V 17
  • [Northern Region] Re: Northern Region forummers lounge - 19
  • [Northern Region] Re: Buy and Sell at Northern
  • [Northern Region] Re: Buy and Sell at Northern
  • [Northern Region] Re: Northern Region forummers lounge - 19
  • [Northern Region] Re: Northern Region forummers lounge - 19
  • [Northern Region] Re: Northern Region forummers lounge - 19
  • [Northern Region] Re: Buy and Sell at Northern
  • [Northern Region] Re: Northern Region forummers lounge - 19
  • [Northern Region] Re: Northern Region forummers lounge - 19

Post Archive

Misc. Links

  • Register
  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org
rss Comments rss valid xhtml 1.1 design by jide powered by Wordpress get firefox