Potluck Buka Puasa 2010
luzi | 16 August 2010Salam Wajarians…
WPC Central akan mengadakan acara santai Berbuka Puasa apabila masuk waktunya untuk tahun ini seperti maklumat berikut:
Tarikh : 21 Ogos 2010
Hari : Sabtu
Masa : 6.00 pm
Lokasi : Padang Dataran Kemerdekaan, Shah Alam
Koordinat : 3.075766N, 101.523027E (ihsan googlemap)
Acara : Santai
Food & Beverages : Bawa sendiri, kongsi ramai-ramai
imej daripada http://www.mbsa.gov.my/
Perancangan asal adalah untuk tiba awal agar dapat ‘book’ tempat dan pergi Baazar Ramadhan PKNS dahulu, bersiar-siar mengambil angin petang sebelum Berbuka Puasa apabila masuk waktunya.
Maka dengan itu, dijemput kepada semua Members dan kenalan rapat untuk turut serta dalam program ini.
Panduan Arah :
Dari Federal HW, Batu Tiga, Klang, KL…naik Bulatan Kayangan, ambil susur Pukul 3.
Lalu depan Istana Shah Alam dan terus sahaja hingga bertemu bulatan dengan lampu isyarat lalu ambil ambil susur Pukul 12.
Terus hingga menuruni bukit, bertemu lampu isyarat dan simpang tiga, ambil simpang kiri.
Terus lagi hingga melalui hadapan sekolah SAMTTAJ lalu bertemu bulatan comel, ambil susur Pukul 12.
Di situ la kita akan bersidang nanti.
Kawasan padang ini adalah berhadapan dengan Masjid Negeri Shah Alam.
Jumpa di sana!
disediakan oleh zackoy0404








