Waja Performance Club of Malaysia

Driving The Future, Setting The Standards
  • Home
  • All About WPC
    • Membership
    • Merchandise
    • FAQ
  • Regional Communities
    • WPC Central
    • WPC Southern
    • WPC Northern
    • WPC East Coast
  • Special Interest
    • Amateur Radio
      • RAE Result 2007 (2) – Congratulations!
      • What to do after passing your RAE? – for Malaysian
      • Radio Amateur Examination 2008 (1)
      • RAE 2008 (1) Preparation Class
      • Radio Amateur Examination 2010 (2)
      • RAE 2010 (2) Preparation Class
      • Radio Amateur Examination 2010 (3)
  • Downloads
    • Forms
    • Wallpapers
  • Forum

An Old Man’s Ride – David Lau of WPC

9w2was | 30 January 2008

Specification Details/Spesifikasi

Brand/Jenama : PROTON Model : WAJA 1.6 MTYear/Tahun : Feb 2003

Color : Silver (Colour code A022)

Engine & Performance/Enjin & Kuasa

Model : 4G18P

Engine oil : Chemlube 10w-40 semi-syn

Modification/Modifikasi

a)Soundproofing materials at bonnet, interior roof, interior floor, doors, front and rear, left and right fenders, doors, bootlid.

b)FTD Adjustable campulley

c)FTD Tappet setting (Gilakuasa and save fuel 50-50)

d)FTD Ignition timing setting

e)Radiator converted from aluminum to copper brass

f)Decat

Suspension System/Sistem Gantungan

a)APM Performax absorbers with original Proton springs

Rolling Wheel/Rim & Tayar

a)15″ inches BRM rims

b)195/55/r15 Silverstone Synergy M5 tyres

Special Thanks/Penghargaan

Full Throttle Development (FTD) – Sogo aka Tok Dukun

Achievements

a) Full tank 903 kms.
b) Beat Mitsubishi Evo7 & Proton Satria Neo in GRA carpark autocross racing

Comments
1 Comment »
Categories
Motorsport
Tags
David Lau, GRA, Proton Waja, WPC
Trackback Trackback

WPC Southern Event – Teh Tarik Muhibbah @ Batu Pahat

9w2was | 29 January 2008

Sempena cuti Thaipusam 23hb Januari 2008, WPC Southern Region telah mengadakan satu Fundrive ke Batu Pahat. Seawal 8am, para peserta telah pun berkumpul di Petronas Tol Skudai. Sementara menunggu rakan2 lain pula sampai sessi Car Numbering dilakukan kepada Waja. Sebanyak 20 waja menyertai konvoi ini termasuk 1 dari WPC Central iaitu WPC President kita iaitu Encik Jamal & ditemani oleh Encik Yus (matomato) & Cik Huda. Disamping itu juga turut menyertai konvoi ini dari kalangan keluarga & TTM .

Setelah semua rakan2 telah bersedia & menerima final briefing dari Chief Convoy – Infrant & bacaan doa selamat oleh Zero aka Nuri & Mamba, penyusanan konvoi dilakukan dengan pantas untuk memulakan perjalanan. Dalam pukul 9:30, konvoi mula bergerak melalui Tol Skudai.

Perjalanan lancar kerana kurangnya kenderaan di lebuhraya. konvoi sampai di Tol Ayer Hitam dalam pukul 10:30am & diteruskan ke Parit Raja dimana kami berjumpa dengan rakan-rakan Batu Pahat yang diketuai oleh saudara Dell.

Setelah berehat selama 15 minit, perjalanan diteruskan ke BP Mall dimana kami meluangkan masa untuk sessi Bowling & juga mengedarkan risalah ‘Di mana kah Sharlinie’ sebagai usaha kelab untuk membantu menyalurkan maklumat tentang kehilangan adik Sharlinie. Kesudian ahli-ahli kelab bersama-sama mengedarkan risalah ini amat dihargai. Sebanyak 2000 risalah berjaya diedarkan. Sambutan dari orang ramai amat baik dimana rata-rata pemilik premis membantu dengan melekatkan risalah ini di kedai-kedai mereka.

Setelah menjamu selera di Medan Selera BP Mall, kami menyambungkan aktiviti dengan permainan bowling. Seramai 30 orang menyertai aktiviti ini sehingga 2:30pm. Pelbagai aksi membaling bola bowling dapat disaksikan. Walaupun ada kalanya lucu tetapi sikap sporting ahli-ahli serta keluarga yang turut serta memeriahkan aktiviti ini dengan riuh rendah.

Kami teruskan aktiviti dengan berkonvoi dgn rakan-rakan BP sebanyak 10 kereta menjadikan jumlah 30 waja ke Bangunan Mara Batu Pahat dimana kami disambut oleh Pegawai Mara Daerah Batu Pahat iaitu Encik Awang Said & juga Encik Saifuldin yang merupakan Pemilik syarikat Rojas Herbs Sdn Bhd. Rojas Herbs yang telah bermurah hati menyumbangkan hadiah-hadiah bagi pertandingan bowling. Kami meluangkan masa sehingga pukul 5pm untuk bersama-sama beramah mesra dengan rakan-rakan Batu Pahat serta melihat perkembangan perniagaan di Bangunan Mara BP. Diselitkan juga sambutan harijadi rakan-rakan kita iaitu Cik Farah & Cikgu Fadzlina. Happy Birthday!

Dalam pukul 5:30pm, kami mengucapkan terima kasih kepada pihak Mara & rakan-rakan BP konvoi pulang ke JB dimulakan. Kami berhenti untuk light refreshment di R&R Machap selama 30 minit. Perjalanan pulang ke JB agak mencabar kerana terdapatnya banyak kenderaan. Konvoi sampai di Tol Skudai pada pukul 8pm & berhenti sekali lagi untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan untuk pulang ke rumah.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur iaitu Mamba, Neli, Icher, Infrant, Fad12345, Mya Zara dan lain-lain kerana menyumbangkan masa & tenaga untuk menjayakan event ini. Kepada Zero / Nuri – Zan8090, walaupun Lightbar terbang tetap cool dalam mengepalai konvoi. Tak lupa tarian silat beliau semasa membaling bola bowling.  Buat semua Team Leaders & Back Markers, Zin & keluarga, Mya Zara & TTM (onetor merajuk tu), One-tor yg kad TnG rosak kena pakai tiket – U guys rock the world. Sweeper / Control – Infrant yang tak putus-putus memberikan arahan. Abg Man & akak, Aqil & family, Azmi, Azhar rakannya (lupa lak nama dia), Iqbal lupa Dean yang dengan gaya-gaya pemain bowling International tapi tak memang jugak. 

Buat Encik Jamal, jutaan terima kasih kerana kesanggupan beliau datang ke JB untuk menyokong event ini. Buat Encik Yus aka Matomato, yang drive jauh-jauh jugak. Buat Cik Huda yang tak putus-putus mengambil gambar-gambar kenangan candid. Tak dapat nak lari dari lensa kamera beliau.

Tak lupa buat Dell dari BP yang sama-sama menguruskan perjalanan kami & event kami semasa kami di BP. Buat semua rakan-rakan BP yang turut hadir. Jerul24 & keluarga yang datang dari Muar. Encik Darren aka Mutian & family juga dari Muar. Cikgu Razif sekeluarga yang jon dari Kluang. Terima kasih sekali lagi.

Saya merasa bangga dan terharu atas sokongan anda semua. Saya berharap semua telah bergembira pada aktivitii yang diadakan. Jikalau ada kekurangan atau tersilap kata & gurau semasa event / konvoi ini seperti “LC berhenti beli goreng pisang” & ” beli Sponge Bob tu”, sepuluh jari saya susun memohon maaf.

 

Comments
1 Comment »
Categories
Club News, Fundrive, Happenings, TTS
Trackback Trackback

WPC Southern – Distributing Sharlinie Poster

9w2was | 28 January 2008

 

Berita Harian, 24 January 2008

Polis sudah periksa lebih 3,000 rumah di Petaling Jaya cari kanak-kanak hilang PETALING JAYA: Selepas dua minggu kehilangan Sharlinie Mohd Nashar, 5, atau Lini, polis tidak menolak kemungkinan berlaku perubahan fizikal pada kanak-kanak itu. Bernama melaporkan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad, berkata berdasarkan kes kehilangan kanak-kanak yang dijumpai sebelum ini, kemungkinan perkara itu berlaku, memang ada. “Mungkin boleh berlaku (perubahan fizikal Sharlinie) sebab sudah dua minggu hilang,” katanya di pejabatnya, di sini semalam. Pada April tahun lalu, Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, ditemui, dengan kepalanya dibotakkan oleh pasangan Myanmar yang menjaganya sepanjang 15 hari kehilangan kanak-kanak itu. Sementara itu, fizikal dan wajah Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang ditemui mayatnya pada September tahun lalu juga sukar dikenal pasti oleh kedua ibu bapanya berikutan rambutnya dipotong pendek serta beberapa perubahan lain. Arjunaidi berkata polis terus menggiatkan usaha mengesan Sharlinie dengan melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan sehingga kini lebih 3,000 rumah di sekitar Petaling Jaya sudah diperiksa.
“Kita akan cuba memeriksa 1,000 rumah setiap hari. Jika ada rumah yang kita periksa, namun kita masih rasa curiga… kita akan lakukan pemeriksaan sekali lagi,” katanya.
Katanya, Pasukan Gerakan Am (PGA) masih membantu dalam usaha itu yang meliputi semua kawasan perumahan awam dan rumah kongsi pekerja asing. Sebuah helikopter milik Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) disediakan bagi membantu mengesan lokasi yang berpotensi memberi petunjuk.

Ditanya sama ada polis mahupun ibu bapa Sharlinie masih menerima panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu, Arjunaidi berkata: “Sekarang tiada lagi… namun maklumat orang ramai yang sama-sama membantu mengesan mangsa masih banyak kita terima.”

Sejak kehilangan Sharlinie dilaporkan pelbagai pihak datang membantu dan terbaru membabitkan 100 orang bomoh dari beberapa negeri tampil semalam bagi mengesan Sharlinie menggunakan kaedah tradisional.

Di KUALA LUMPUR, operasi dari rumah ke rumah bagi mencari Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang hilang dipercayai diculik 9 Januari lalu, diperluaskan ke daerah Brickfields dan Sentul di sini, malam kelmarin dan petang semalam.

Bagaimanapun polis masih belum menemui sebarang petunjuk baru di dalam kedua-dua operasi berkenaan yang secara keseluruhannya membabitkan lebih 500 anggota termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dan penduduk setempat.

Jurucakap polis Sentul berkata, antara lokasi perumahan yang diperiksa dalam operasi yang bermula jam 9 malam itu ialah kawasan pangsapuri di Seksyen 1; 2; 4 dan 6 di Wangsa Maju termasuk Taman Melati membabitkan lebih 1,000 rumah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Azri Abdul Rahman, berkata pihaknya memilih kawasan berkenaan kerana ia terletak berhampiran Petaling Jaya dan mempunyai kadar jenayah agak tinggi.

“Jadi, di samping mencari Sharlinie, operasi itu boleh juga dikatakan operasi cegah jenayah di kawasan berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, BATU PAHAT, Kelab permotoran, Waja Performance Club Malaysia (WPC) Cawangan Selatan, semalam melancarkan gerakan mengedar poster kanak-kanak hilang, Sharlinie Mohd Nashar, 5, di sekitar Johor Bahru hingga Batu Pahat.

Ketua Penerangan WPC Cawangan Selatan, Fadly Yawahil, berkata, 70 ahli WPC bergerak dari Johor Bahru awal pagi semalam.

Comments
3 Comments »
Categories
Club News, Happenings
Tags
berita harian, sharlinie, waja johor, waja performance club southern region
Trackback Trackback

« Previous Entries

Event Calendar

« Dec spinner iCalendar Feb »
January 2008
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031EC

Categories

  • Central TT (5)
  • Club News (30)
  • Events (6)
  • Happenings (49)
    • Fundrive (21)
    • Motorsport (5)
    • Site Visit (3)
    • TTS (16)
  • Promotion (5)
  • Sponsors and Partners (8)
  • Uncategorized (20)
  • waja (1)

RSS WPC Forum updates

  • [Central Region] Re: Central Region Forummers Lounge - V 17
  • [Northern Region] Re: Spotted WPC Sticker - Northern Region
  • [East Coast Region] Re: WPC East Cost Numbering Channel
  • [East Coast Region] Re: EC Region Forummers Lounge - No.15
  • [Northern Region] Re: Northern members future plan/activity/location (Unofficial)
  • [Northern Region] Re: Spotted WPC Sticker - Northern Region
  • [Hello WPC, I'm a new member!] Re: [Northern] Assalammualaikum and Hi..Sarwajagat from Ipoh
  • [WPC Events & Programs (Members Only)] Re: KEMBARA RAMADHAN WPC EDISI 2010
  • [Open Events] Re: Jemputan ke " Bazar Kuih Raya " Di Tanjong Karang....
  • [WPC Events & Programs (Members Only)] Re: KEMBARA RAMADHAN WPC EDISI 2010

Post Archive

Misc. Links

  • Register
  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org
rss Comments rss valid xhtml 1.1 design by jide powered by Wordpress get firefox