[FR] Kempen Kibar Jalur Gemilang 2010
luzi | 13 August 2010Pengenalan
WPC telah menerima jemputan dari pihak Proton bagi mewakili model Proton Waja menyertai Kempen Kibar Jalur Gemilang 2010, Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional WPKL yang diadakan pada hari Ahad yang lalu, 8 Ogos 2010.
Objektif program tersebut adalah mewujudkan kesedaran setiap individu rakyat Malaysia dalam meningkatkan serta memperkukuhkan semangat patriotik serta kesetiaan kepada negara tercinta.
Program ini dilangsungkan dengan mengadakan Konvoi Motothon yang terdiri daripada 40 buah motorsikal berkuasa tinggi, 13 kereta keluaran Nasional dan kenderaan urusetia mengelilingi seluruh bandaraya Kuala Lumpur, merangkumi laluan serta lokasi tumpuan orang ramai dan berhenti di beberapa kawasan Rukun Tetangga yang telah dikenalpasti.
Laporan Medan aka Field Report
Seramai 4 Ahli mewakili Kelab bagi program ini iaitu bua, roycp, fauzan_beckham dan zackoy.
Saudara roycp sudi ‘menaja’ Waja beliau dalam program tersebut.
Berikut adalah nukilan saudara zackoy berkenaan perjalanan program sehari ini:
- Berkumpul dan berbaris di PPR Kg. Baru Air Panas, Setapak.
- Konvoi Motothon berlepas jam 9:00 pagi.
- Hentian
#1: Taman Damai, Taman Len Seng
#2: PPR Kerinchi
#3: PPR Jalan Istana
#4: PPR sentul
Konvoi Motothon melalui jalan-jalan utama dalam Kuala Lumpur, melalui kawasan tumpuan umum seperti Bukit Bintang, KLCC, Dataran Merdeka dan Masjid Jamek.
Konvoi Motothon tidak dapat berhenti di kawasan tersebut kerana keadaan trafik yang tidak mengizinkan.
Marshaling Konvoi Motothon diuruskan oleh dua kumpulan bermotorsikal kuasa tinggi serta bantuan PDRM dan RELA.
Gambar-Gambar






















